Sukan (Triathlon): Triatlet Terkenal Dari Hong Kong Antara 1,500 Peserta PDIT 2011

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Triatlet terkenal, Lee Chi Wo daripada Hong Kong yang pernah bertanding pada Sukan Olimpik dan Sukan Asia adalah antara 1,500 peserta dari lebih 30 negara yang akan menyertai Triathlon Antarabangsa Port Dickson (PDIT) 2011 di Avillion Admiral Cove, di sini pada 23 dan 24 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri Datuk Mohammad Razi Kail berkata terdapat dua kategori baru yang dipertandingkan pada PDIT tahun ini iaitu lelaki dan perempuan sembilan tahun ke bawah dan lelaki 60 tahun ke atas.

"Peserta paling muda yang mendaftar berusia enam tahun untuk kategori Kids Triathlon manakala peserta paling tua berusia 74 tahun bagi kategori Olympic Triathlon. Selain itu seorang peserta Orang Kelainan Upaya (OKU), Mohd Sabki Arifin yang kudung sebelah tangannya juga turut mendaftar untuk bertanding," katanya di sini, Isnin.

Mohammad Razi berkata PDIT 2011 anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Trisportz Event Management dan Avillion Admiral Cove menawarkan hadiah wang tunai RM45,000.

Triathlon merupakan sukan lasak yang memerlukan pesertanya berenang, berbasikal dan berlari mengikut jarak yang ditetapkan.

Orang ramai yang berminat menyertai PDIT 2011 boleh melayari laman web www.triathlonmalaysia.com atau e-mel kepada info@triathlonmalaysia.com.my untuk pertanyaan atau maklumat lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan