Kim Swee Ubah Strategi Pertemuan Dengan Lubnan Khamis Ini

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ketumpulan jentera serangan memaksa jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee memikirkan strategi baru untuk meraih kemenangan apabila bertemu Lubnan di perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil Khamis ini.

"Saya melihat barisan hadapan serta pertahanan perlu diubah sedikit strateginya kerana kita perlukan gol untuk layak ke saingan seterusnya. Tetapi saya tidak tukar corak permainan keseluruhannya. "Apa yang paling penting ialah disiplin pemain-pemain yang perlu dijaga kerana walaupun kita menyerang, pada masa yang sama kita juga perlu bertahan. Ia perancangan penting yang saya akan buat pada latihan sebelum perlawanan bermula," katanya kepada Bernama.

Beliau bersama-sama skuad Olimpik Malaysia tiba dari Lubnan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, Selasa.

Pada perlawanan pertama di Stadium Sports City, Beirut Ahad lepas, Malaysia hanya seri tanpa jaringan dengan Lubnan.

Kim Swee berkata perlawanan menentang Lubnan di tempat sendiri adalah penting kerana ia akan menjadi bonus untuk pasukan negara melangkah ke perlawanan ketiga sekiranya menang.

Mengenai barisan penyerang yang gagal meledak sebarang gol pada perlawanan di Beirut serta kalah dalam dua perlawanan persahabatan terdahulu, beliau berkata mereka masih mencari rentak permainan.

Dalam perlawanan persahabatan menentang Kemboja pada 7 Jun lepas, skuad negara dikejutkan dengan kekalahan 0-1 dan terus menerima kekalahan 0-4 ketika menentang Qatar pada 13 Jun.

Beliau berharap perlawanan di halaman sendiri nanti akan memberi kelebihan kepada pasukan negara menerusi sokongan padu para penyokong.

"Ini satu ujian di mana penyerang-penyerang saya telah dapat mencipta peluang namun masih buntu mencipta sentuhan terakhir. Saya percaya bermain di tempat sendiri serta sokongan padu peminat negara mampu membuatkan mereka lebih fokus untuk mencari kemenangan," kata Kim Swee.

Beliau juga tidak bimbang dengan kecederaan dua pemain hadapan iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor yang cedera di dada dan Mohamad Fandi Othman yang cedera di betis ketika bermain di Beirut.

"Nasib baik kecederaan mereka tidak serius dan saya harap mereka mampu bangkit beraksi sebelum sepak mula Khamis ini dan saya akan lihat perkembangan mereka selepas ini," katanya.

Skuad Olimpik negara akan menjalani latihan hari ini di padang Majlis Sukan Negara sebelum latihan terakhir di Stadium Nasional sehari sebelum perlawanan dengan Lubnan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan