Atlet Mendayung Sukan SEA Berlatih Di Empangan Batu

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 40 atlet mendayung akan menyertai kem latihan pusat di Empangan Batu, Ulu Yam, Selangor sebelum dipilih untuk mewakili negara ke Sukan SEA 2011 di Indonesia November ini.

Presiden Persatuan Mendayung Malaysia (Perdama), Abdul Malik Abdul Ghani berkata para pendayung akan menjalani latihan selama 20 hari mulai awal bulan depan.

"Daripada latihan tersebut, kita akan membuat tapisan kedua bagi memilih hanya atlet yang berkelayakan untuk mewakili negara ke Indonesia.

"Sasaran awal kita ialah untuk membawa balik sekurang-kurangnya pingat pertama dari sukan mendayung tanpa mengira warnanya," katanya kepada Bernama. Beliau berkata atlet mendayung tersebut dipilih berdasarkan prestasi mereka ketika beraksi di Sukan Malaysia ke-14 di sini baru-baru ini.

Di Indonesia nanti, tiga acara mendayung akan dipertandingkan iaitu lumba perahu, kanu dan lumba perahu tradisional. Abdul Malik berkata kem latihan tersebut juga dijadikan sebagai persiapan pendayung menghadapi kejohanan tahunan Perlumbaan Perahu Varsiti dari 3 hingga 9 Oktober ini di Kompleks Sukan Air, Putrajaya.

Beliau berkata Perdama telah meminta kepakaran Persekutuan Mendayung Dunia (IRF) untuk mencari jurulatih pembangunan yang dapat membantu program pembangunan sukan mendayung di negara ini.

"Namun kita masih menunggu jawapan daripada IRF dan berharap dapat menerimanya dengan segera," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan