Terengganu Mahu Pertahan Jersi Lumba Basikal Kebangsaan

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu yakin dapat mempertahankan jersi kebangsaan walaupun akan menghadapi saingan sengit daripada pelumba-pelumba negeri lain dalam Kejohanan Lumba Basikal Kebangsaan 2011 di Raub, Pahang pada 26 Jun ini.

Jurulatih Terengganu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata jersi tersebut sekarang ini dipegang oleh pelumba Terengganu, Adik Hussainie Othman yang dimenanginya dalam kejohanan yang sama tahun lepas di Seremban, Negeri Sembilan.

"Fokus utama kita ialah untuk menang juara kebangsaan. Kita akan membariskan pelumba-pelumba terbaik untuk mencapai matlamat itu," katanya, Isnin.

Syed Mohd Hussaini berkata Terengganu juga akan menurunkan pelumba sensasi Anuar Manan, Hariff Salleh, Shahrul Mat Amin dan Norumardi Rosdi selain Adiq Hussainie untuk mempertahankan jersi tersebut.

Beliau berkata Terengganu menyenaraikan 10 pelumba untuk membawa cabaran pada kejohanan sejauh 180 kilometer itu dan mereka akan berkayuh daripada sini ke Raub mulai Rabu ini.

Katanya ia bagi mengekalkan ketahanan mental dan prestasi para pelumba selepas menyertai kejohanan Cyberjaya Challange di Selangor yang berakhir Sabtu lalu.

Sebelum itu, Syed Mohd Hussaini berkata pelumba-pelumba itu juga aka menyertai Grand Prix Kebangsaan sirkit keempat, juga di Raub pada 25 Jun.

Beliau berkata Terengganu mempunyai peluang cerah untuk muncul juara kerana beberapa pelumbanya mempunyai kedudukan terbaik dan memiliki mata tertinggi dalam tiga sirkit yang lepas.

Bagaimanapun, Syed Mohd Hussaini berkata penyertaan pelumba-pelumba Terengganu di grand prix tersebut hanyalah sebagai pemanas badan sebelum menghadapi kejohanan kebangsaan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan