Lin Dan Tarik Diri Kerana Sakit Perut

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peserta China Lin Dan menarik diri dari peringkat akhir perseorangan lelaki Terbuka Singapura Li Ning belumpun sempat menghayun raket.

Penyandang Juara Olimpik dan dunia itu dijadualkan bermain menentang rakan senegara Chen Jin pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup pada Ahad untuk meraih kejuaraan yang belum pernah beliau menangi sebelum ini.

Tetapi ini tidak berlaku. Sakit perut telah memaksa beliau keluar, katanya, dan orang ramai tidak menyukainya.

Malah pegawai-pegawai pasukan China telah memaklumkan pengadil kejohanan pada sebelah pagi yang pemain nombor 1 mereka itu tidak dapat bermain kerana sakit perut.

"Tetapi mereka diberitahu supaya membawa Lin Dan menemui doktor kejohanan untuk mengesahkan bahawa beliau tidak layak bermain. Mereka melakukan itu," kata satu kenyataan jawatankuasa penganjur.

Tetapi Lin Dan muncul di gelanggang sejurus sebelum penyampaian hadiah peringkat akhir perseorangan wanita yang dimenangi oleh pemain China Wang Xin dan meminta maaf kepada orang ramai kerana tidak dapat menyertai perlawanan.

"Saya memohon maaf kepada anda semua. Saya terlalu ingin bermain pada perlawanan akhir tetapi tidak boleh kerana gastrik. Singapura akan sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di hati saya," kata Lin Dan kepada penonton.

Tetapi kira-kira 4,000 penonton tidak percaya. Dan mereka pula tidak dapat ditenteramkan dan mereka terus mengejek superstar Cina itu ketika dia meninggalkan gelanggang.

Malah ejekan mereka berterusan pada masa perlawanan akhir beregu wanita antara pemain China Tian Qing/Zhao Yunlei menentang pemain Korea Selatan, Ha Jung Eun/Kim Ming Jun dengan peserta China menang 21-13, 21-16.

Penarikan diri keluar oleh Lin Dan adalah yang kedua beliau lakukan tahun ini.

Pada Terbuka Malaysia Januari lepas, beliau dilaporkan mengalami kecederaan otot perut sebelum perlawanan separuh akhir menentang rakan senegara Chen Long dan kemudian terbang ke Seoul untuk memenangi Terbuka Korea pada minggu selepas Terbuka Malaysia, menewaskan Datuk Lee Chong Wei.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan