India Buat Persiapan Rapi Hadapi Kejohanan Sepak Takraw Dunia - Sukan Ekstra | mStar

India Buat Persiapan Rapi Hadapi Kejohanan Sepak Takraw Dunia

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Setelah mencatat pencapaian cemerlang pada kejohanan Sepak Takraw Dunia lepas, kini India lebih yakin untuk berdepan dengan mana-mana gergasi Asia pada kejohanan Piala Dunia Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf) di Malaysia bulan depan.

Persekutuan Sepak Takraw India (STFI) berkta pihaknya telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi kejohanan itu termasuk menganjurkan sesi latihan khas untuk jurulatih dan pemainnya.

"Kami yakin akan dapat mencapai kejayaan lebih besar di Malaysia dan meningkatkan ranking serta melayakkan diri untuk beraksi dalam super series.

"Walaupun laluan yang bakal ditempuh pasti penuh mencabar berikutan penyertaan beberapa negara gergasi dalam permainan sepaktakraw, seperti Thailand dan Malaysia, tapi kami telah membuat persiapan untuk menghadapinya sejak 2010 lagi," kata presiden STFI Dr R.S. Dagar.

Kejohanan kali ini akan belangsung dari 21 hingga 24 Julai di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sebanyak 24 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita akan menyertai kejohanan itu yang menawarkan hadiah US$50,000 (RM150,000).

Pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Ke-24 di Bangkok, Thailand pada 2009, pasukan lelaki India menang pingat emas bagi kategori regu berpasangan, perak bagi regu berpasukan dan gangsa bagi regu individu, manakala pasukan wanitanya pula menang tiga pingat gangsa dalam kategori sama.

Seramai 10 pemain lelaki dan wanita India akan berlepas ke Kuala Lumpur dari Kolkata pada 19 Julai setelah menamatkan latihan di Imphal, Manipur, sebuah negeri di timur laut negara ini.

Kejohanan super series Istaf membuka gelanggangnya September ini di Thailand sebelum beralih ke Malaysia pada Disember, Vietnam (Februari, 2012), Iran (April) dan China (Jun).-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan