Pasukan Majlis Raja-Raja Juara Pertandingan Golf - Sukan Ekstra | mStar

Pasukan Majlis Raja-Raja Juara Pertandingan Golf

Diterbitkan: Ahad, 19 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Majlis Raja-Raja muncul juara pada Pertandingan Golf Piala Majlis Raja-Raja Edisi ke-10 di Kuala Lumpur Golf & Country Club di sini Sabtu.

Pasukan Majlis Raja-Raja mendahului dengan kelebihan enam mata dengan mengutip 1,039 mata berbanding pasukan Perdana Menteri yang mengutip 1,033 mata.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyertai pertandingan dua tahun sekali itu dengan mewakili pasukan Majlis Raja-Raja.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut menyertai pasukan tersebut.

Sementara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai pasukan Perdana Menteri, yang disertai oleh beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pertandingan Golf Piala Majlis Raja-Raja yang diperkenalkan pada tahun 1992, bertujuan merapatkan hubungan dan silaturahim di antara institusi Raja-Raja dengan anggota kerajaan dan korporat.- BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan