Barisan Kepimpinan MOM Terima Muka Baru

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerima beberapa muka baru dalam barisan kepimpinannya setelah selesai sesi pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk itu bagi penggal 2011-2013 di sini, Sabtu.

Mereka adalah Presiden Tenpin Bowling Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Noor Abdul Rahim dan bekas timbalan presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM), Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang terpilih sebagai naib presiden.

Bekas setiausaha Kesatuan Taekwondo Malaysia, Kumar Thangaraju dipilih sebagai Penolong Setiausaha Kehormat (lelaki).

Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata beliau gembira dengan kehadiran ahli jawatankuasa baru tersebut yang menurutnya mempunyai banyak pengalaman.

"Dengan barisan kepimpinan baru ini MOM akan terus menjalankan kerja-kerja mengurus pasukan dan atlet bagi temasya-temasya sukan.

"Kita juga akan terus menyokong dan membantu ahli-ahli kita yang terdiri daripada persatuan sukan tempatan terutama dalam hal pentadbiran dan program yang dirancang mereka," katanya kepada media. Terdahulu itu, beliau mempengerusikan mesyuarat agung ke-30 badan itu yang telah dihadiri lebih 300 wakil persatuan sukan. Sementara itu, dalam pemilihan jawatan naib presiden, Mohd Noor menerima undian tertinggi iaitu 61 undi dan Danyal menerima 44 undi.

Datuk Dr Zakaria Ahmad dan Datuk Roy Rajasingham turut terpilih untuk menyandang kembali jawatan tersebut setelah masing-masing menerima 58 dan 47 undi, manakala Low Beng Chow, yang merupakan satu-satunya calon naib presiden wanita, menang tanpa bertanding.

Kemenangan mereka sekaligus mengenepikan calon-calon lain yang bertanding iaitu bekas naib presiden Datuk W.Y Chin yang hanya menerima 43 undi, Senator Datuk Maijol Mahap (41) dan Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalif (22).

Bagi jawatan penolong setiausaha kehormat lelaki, Kumar menewaskan bekas penyandang Ramlay Abdullah dengan kelebihan 10 undi manakala calon bagi jawatan-jawatan lain menang tanpa bertanding.

Berikut adalah pemegang jawatan MOM bagi penggal 2011-2013:

Presiden: Tunku Imran Tuanku Ja'afar

Timbalan Presiden: Datuk A.Sani Karim

Naib Presiden: Datuk Dr Zakaria Ahmad, Datuk Roy Rajasingham, Tan Sri Mohd Noor Abdul Rahim, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, Low Beng Choo

Setiausaha Kehormat: Datuk Sieh Kok Chi

Penolong Setiausaha Kehormat (Lelaki): Kumar Thangaraju

Penolong Setiausaha Kehormat (Wanita): Moira Tan

Bendahari Kehormat: Yong Choo Kong

Penolong Bendahari Kehormat: Rosmanizam Abdullah -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan