Terengganu Guna Khidmat Bekas Jurulatih Renang Kebangsaan

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dalam mengejar hasrat menjadikan Terengganu antara kuasa dalm sukan renang, Persatuan Renang Amatur Terengganu (PRAT) telah mendapatkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan Foo Yock Meng untuk membimbing perenang-perenang negeri itu.

Setiausaha PRAT Yan Kong Lee berkata Foo, 60, yang berasal dari Perak, mula berkhidmat di Terengganu April lepas di bawah program yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri.

"PRAT telah lama ketiadaan jurulatih iaitu semenjak jurulatih dari China balik tahun lepas, dan dengan kehadiran Foo, kita berharap beliau mampu melatih dan mencungkil atlet-atlet renang dari negeri ini," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Foo merupakan seorang jurulatih renang berpengalaman di Malaysia dan pernah melatih ramai perenang ke Sukan Sea, Sukan Asia dan Olimpik.

Pada masa ini, 35 perenang sedang mengikuti latihan di bawah Foo di Kompleks Akuatik Negeri Terengganu di Batu Buruk. Yan berkata Foo akan berkhidmat di Terengganu selama dua tahun dan kontraknya akan disambung sekiranya beliau mampu meletakkan perenang negeri itu ke suatu tahap yang disegani.

Beliau juga berkata PRAT akan menganjur Kejohanan Renang Novis Terengganu pada 9 Julai ini.

Ia dibahagikan kepada kategori bawah 9 tahun, 11 tahun, 13 tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan.

Mereka yang berminat menyertainya boleh mendapat borang di kaunter tiket Kompleks Akuatik Negeri Terenggani. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan