Perbadanan Stadium Dibenar Jalankan Perniagaan

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang kini mengendalikan 10 venue utama sukan di Lembah Klang termasuk Stadium Nasional di Bukit Jalil kini dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan bagi menampung kos penyelenggaraan yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim berkata ketika PSM dikenali sebagai Perbadanan Stadium Merdeka dan mengendalikan tujuh venue, ia mendapat peruntukan RM30 juta setahun daripada kerajaan bagi tujuan penyelenggaraan.

"Selepas Akta Perbadanan Stadium Malaysia diluluskan oleh Parlimen, berkuatkuasa 1 Mac tahun ini, perbadanan diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan tambahan tiga stadium lagi," katanya, Rabu.

Sebelum ini, venue-venue di bawah kendalian Perbadanan Stadium Merdeka ialah kesemua venue sukan utama di dalam kawasan Kompleks Sukan Negara (KSN) iaitu Stadium Nasional, Stadium Putra, Pusat Akuatik Nasional, Pusat Skuasy Nasional, Stadium Hoki Nasional serta dua venue di Bukit Kiara - padang boling padang dan Stadium Juara.

Selepas bertukar menjadi Perbadanan Stadium Malaysia, tiga venue tambahan iaitu Kompleks Sukan Matsushita di Shah Alam serta Stadium Hoki Tun Razak dan Kompleks Tenis di Jalan Duta, turut dipertanggungjawabkan kepada perbadanan itu.

Wan Nor Azinah Zaniby berkata tambahan tiga venue itu menyebabkan kos penyelenggaraan semakin meningkat dan perbadanan itu dijangka memerlukan peruntukan tambahan RM6 juta lagi.

"Perlu diingat, peruntukan RM30 juta sebelum ini hanya bagi menampung kos penyelenggaraan, dan perbadanan terpaksa mencari sumber sendiri untuk menampung kos operasi termasuk pembayaran gaji kakitangan," katanya.

Beliau berkata perbadanan cuma meraih pendapatan RM8 juta setahun daripada sewaan venue-venue kendaliannya.

"Pendapatan tersebut diperoleh dari sewaan stadium bagi perlawanan bola sepak, konsert artis tempatan dan luar negara serta expo-expo yang diadakan di kawasan vanue," katanya.

Masalah utama yang menghalang perbadanan memperluaskan aktiviti perniagaan ialah terdapat venue-venue tertentu yang hanya sesuai untuk suatu kegiatan sukan sahaja dan tidak boleh dipelbagaikan kegunaannya, katanya.

Namun di bawah Akta Perbadanan Stadium Malaysia yang memberi kelonggaran kepada perbadanan memperluaskan aktiviti perniagaannya, pelbagai rancangan sedang diatur untuk menghidupkan venue-venue di KSN.

"Langkah ini juga dapat mengelak KSN daripada dilabel sebagai kompleks gajah putih, sunyi daripada aktiviti kecuali menjadi medan parkir," katanya.

Wan Nor Azinah Zaniby berkata antara rancangan utama yang diatur ialah mewujudkan bandar sukan, "Sports City", di kawasan itu yang akan menjadi hab bagi perniagaan yang berasaskan sukan.

"Kementerian Belia dan Sukan sendiri sebenarnya merancang untuk membina sebuah hotel bertaraf tiga bintang di kawasan itu bagi menampung permintaan pelanggan yang menggunakan kemudahan stadium di situ. Bagaimanapun ini masih di peringkat perbincangan," katanya.

Wan Nor Azinah Zaniby berkata perbadanan melalui KBS juga akan membina kemudahan baru seperti kompleks beli belah yang mengkhusus kepada perniagaan sukan di kawasan itu.

"Kesemua idea ini adalah bagi menambah nilai kepada perbadanan untuk menjana pendapatan sendiri, " katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan