Tiga Atlet Di Bulgaria Masih Belum Jalani Ujian Anti-Doping:ISN

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga atlet olahraga yang kini berada di Bulgaria dijangka akan menjalani ujian anti-doping oleh Pertubuhan Anti-Doping Serantau (RADO) Eropah sebelum akhir minggu ini.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz berkata pihaknya bekerjasama dengan RADO bagi menjalankan ujian tersebut selepas berjaya mengesan alamat terbaru atlet berkenaan.

Katanya sebelum ini, RADO berdepan dengan masalah mengesan tiga atlet berkenaan kerana mereka sering berpindah mengikut jadual latihan dan pertandingan di beberapa tempat di negara itu.

"Alamat terbaru atlet di Bulgaria diperolehi pada Khamis lepas daripada pengurusan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Tiga atlet tersebut ialah Norjannah Hafizah Jamaluddin, Nurul Sarah Kadir dan Noor Imran Hadi sebelum ini dilaporkan berada di Sofia, ibu negara Bulgaria, bagi tujuan latihan dan menyertai beberapa pertandingan.

Ketiga-tiga mereka menghilang diri daripada menjalani ujian anti-doping di ISN Bukit Jalil pada 24 Mei lepas dan dua hari selepas itu dilaporkan berada di Bulgaria.

Dr Ramlan berkata sekira RADO dapat menjalankan ujian tersebut maka sampel tiga atlet berkenaan akan diuji di makmal di Bulgaria atau dihantar ke makmal di negara berdekatan.

Tiga lagi atlet olahraga lain yang juga melarikan diri daripada ujian anti-doping di ISN tetapi kemudian menyerah diri - Siti Fatimah Mohamad, Siti Zubaidah Adabi dan Yee Yi Leng - telahpun menjalani ujian tersebut dan didapati negatif.

Dr Ramlan berkata keputusan tersebut diterima selepas sampel ketiga-tiga mereka dihantar ke makmal di New Delhi, India.

Mengenai Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia (USM) yang masih digantung akreditasinya oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), Dr Ramlan berkata beliau dimaklumkan pusat tersebut telah membawa perkara tersebut kepada Majlis Timbangtara Bagi Sukan.

"Sehingga pusat tersebut diiktiraf kembali oleh WADA, sampel anti-doping di negara ini dihantar ke makmal di Bangkok (Thailand) atau New Delhi," katanya.

Akreditasi pusat itu ditarik balik oleh WADA pada Jun tahun lepas selepas didakwa gagal mematuhi amalan Standard Antarabangsa Untuk Makmal (ISL).

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan