Sukan (Basikal): TSG Rancang Sertai Dua Kejohanan Asia Mulai Bulan Depan

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan Terengganu Pro Asia Cycling (TSG) akan menyertai dua kejohanan lumba basikal peringkat Asia pada bulan depan dan September.

Pengurus Pentadbirannya Abdul Majid Ambak berkata antara kejohanan itu ialah Jelajah Tasik Quinghai, China mulai 1 hingga 10 Julai dan Jelajah Brunei dari 7 hingga 11 September ini.

"Sebenarnya banyak lagi jemputan yang kita terima, tetapi kita tidak dapat tunaikan kerana masa antara satu kejohanan dengan kejohanan yang lain bertembung," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Selasa.

Abdul Majid berkata TSG tahun ini sudah menyertai 14 kejohanan peringkat Asia sehingga bulan ini, yang terbaru disertainya ialah Le Tour de Singkarak, Sumatera Barat, pada minggu lepas.

Beliau berkata TSG akan menghantar seramai lima hingga enam orang pelumba untuk menyertai setiap kejohanan itu.

Katanya TSG telah mengambil seorang anggota baru iaitu Chan Jae Jang dari Korea Selatan bagi memperkuatkan pasukan itu bulan lepas.

Pelumba itu telah membuktikan kewibawaan dan prestasi yang baik ketika mewakili TSG di Singkarak," katanya. Abdul Majid berkata sekarang ini TSG mempunyai sembilan pelumba tempatan dan lima pelumba import.

Pelumba tempatan terdiri daripada Anuar Manan, Mohd Haris Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin, Yusrizal Usop, Mohd Saufi Mohd Senan, Mohd Faiz Sharifuddin Abdul Kadir, Mohd Sobri Abdulah, Mohd Nor Umardi Rosdi, Nor Amirul Fakaruddin Marzuki.

Pelumba import pula ialah dua pelumna Jeopun, Shinichi Fokushima dan Motoi Nara, dua pelumba Korea To Hyeong Kim dan Chan Jae Jang serta seorang pelumba Thailand, Phuchong Udonsin. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan