Skuad Renang Berirama Negeri Sembilan Atasi Pasukan Pilihan

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad renang berirama Negeri Sembilan tidak menyangka keserasian kombinasi perenang mereka berjaya mengatasi pasukan pilihan, Selangor dan Pulau Pinang untuk meraih pingat emas.

Pada acara rutin kombinasi yang menawarkan satu pingat emas di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, skuad bimbingan jurulatih dari China, Hu Shu Xia turun dengan diiringi lagu berentak Bollywood, 'Discowale Khisko'.

Kombinasi 10 perenang cilik Negeri Sembilan termasuk dua daripadanya pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, mempamerkan aksi meyakinkan untuk meraih markah tertinggi 73.600 mata iaitu 37.300 mata untuk artistik dan 36.300 mata bagi aspek teknikal.

Pasukan Pulau Pinang mendapat 70.400 mata untuk pingat perak dan gangsa menjadi milik Selangor dengan 66.500 mata.

"Kami telah berlatih untuk persediaan Sukan Malaysia ini sejak awal tahun lagi. Saya gembira dengan persembahan yang ditunjukkan mereka," kata Shu Xia melalui seorang penterjemah.

Sementara itu perenang skuad Negeri Sembilan, Fatin Syazwani Abdul Rahim, berharap beliau dipilih untuk mewakili negara pada temasya Sukan SEA di Indonesia pada November depan.

"Saya harap daripada persembahan saya bersama skuad Negeri Sembilan dapat meningkatkan semangat saya untuk melakukan yang terbaik di masa akan datang," katanya kepada Bernama.

Pada temasya Sukan Malaysia ke-14 Kuala Lumpur, perenang berirama Negeri Sembilan berjaya meraih dua pingat perak dalam acara rutin bebas dan rutin teknikal berpasukan.

Selain itu, mereka turut memenangi dua pingat gangsa melalui Gan Zhen Yu dalam acara rutin teknikal solo serta gandingan Zhen Yu dan Fatin Syazwani dalam acara rutin bebas duet. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan