Majlis Penutup Sukan Malaysia Edisi Ke-14 Berlangsung Sederhana

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis penutup Sukan Malaysia ke-14 tetap meriah walaupun sederhana di Stadium Mini Bukit Jalil malam Ahad.

Majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 atlet dan wakil kontinjen itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dalam ucapannya, Ahmad Shabery berkata temasya kali ini berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kesukanan, walaupun dengan bajet sederhana.

"Ini merupakan pengajaran kepada kita bahawa penganjuran acara sukan tidak semestinya memerlukan bajet yang tinggi.

"Apa yang penting adalah pembangunan infrastruktur dan program pembangunan atlet di negeri-negeri," katanya.

Ahmad Shabery turut menyampaikan trofi juara keseluruhan kepada Terengganu, yang meraih 30 pingat emas, lapan perak dan 12 gangsa, kepada ketua kontinjen Datuk Wan Ahmad Wan Muda.

Ini merupakan kejuaraan kali ketiga berturut-turut buat Terengganu.

Sementara itu, atlet Johor, Ahmad Shafie Abdul Jabar, 20, yang meraih tiga emas menerusi acara kanu, dinobatkan Atlet Lelaki Terbaik.

Atlet berbasikal Ju Pha Som Net, 18, dari Perlis, pula merangkul gelaran Atlet Wanita Terbaik hasil kecemerlangan menyumbangkan empat emas.

Majlis turut diserikan tarian 1Malaysia oleh kumpulan penari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di samping persembahan alu-aluan dari Pahang, tuan rumah Sukan Malaysia ke-15 tahun depan.

Terdahulu, Ahmad Shabery menyerahkan bendera kejohanan kepada Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat.

Temasya itu, yang sebelum ini diadakan secara dwitahunan, pertama kali dianjurkan setiap tahun tanpa melibatkan sukan wajib iaitu olahraga, bola sepak, renang, hoki dan badminton.

Sebanyak 4,500 atlet dan pegawai mewakili 14 kontinjen dari seluruh negara, mengambil bahagian dalam 19 sukan pilihan yang dipertandingkan di venue sekitar Lembah Klang dan Kompleks Sukan Bukit Jalil dari 2 hingga 12 Jun. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan