Ahmad Shafie Dan Ju Pha Olahragawan Dan Olahragawati Sukma Ke-14

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet kanu Johor, Ahmad Shafie Abdul Jabar dan atlet berbasikal trek Perlis, Ju Pha Som Net masing-masing dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati bagi Sukan Malaysia edisi ke-14 yang menutup tirai pada Ahad.

Ahmad Shafie memenangi tiga pingat emas menerusi acara 100m K2, 100m K1 dan 500m K1 manakala Ju Pha memengai empat pingat emas menerusi acara 3km pursuit individu, 10km scratch, sprint dan 500m ujian masa, serta satu pingat perak menerusi acara Keirin.

Ahmad Shafie, 20, berkata beliau gembira dengan penghargaan tersebut dan ia cukup bermakna baginya.

"Saya tidak sangka dipilih sebagai olahragawan sedangkan terdapat ramai lagi atlet yang lebih hebat pada temasya ini," katanya kepada Bernama.

Beliau berharap akan terpilih untuk mewakili negara ke Sukan SEA di Indonesia November depan.

"Harapan saya adalah untuk meraih pingat emas pertama di Indonesia sekiranya diberi peluang untuk mewakili negara," katanya.

Ju Pha, 18, berkata beliau rasa bangga dengan kejayaan tersebut dan akan menjadikannya sebagai pembakar semangat buat dirinya.

"Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha bersungguh-sungguh yang saya lakukan sebelum ini dan saya tidak pernah ponteng latihan kerana ianya cukup penting bagi diri saya," katanya.

Beliau berkata untuk berjaya dalam sukan berbasikal latihan adalah penting kerana ia akan menentukan kejayaan seseorang atlet berbasikal.

"Saya tidak pernah putus asa berlatih dan jadikannya sebagai sebahagian rutin harian kerana ia akan banyak membantu saya nanti," katanya.

Menurut Ju Pha, beliau akan menyertai Sukan Komanwel Remaja ke-IV di Isle of Man pada September dan temasya Sukan SEA di Indonesia pada November.

Mereka menerima trofi daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan