Sukma (Ping Pong): Selangor Sapu Bersih Tiga Emas

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor menyapu bersih tiga emas yang ditawarkan dalam acara ping pong pada Sukan Malaysia ke-14 di Kompleks Sukan Majlis Olimpik Malaysia, di sini, Sabtu.

Bermula dengan pungutan emas oleh beregu campuran Chee Kien Ee dan Ting Hie Phin, yang menundukkan beregu Sarawak, Matteus A/K Aloysius dan Wendy Lau 11-6, 15-3, 12-10, Selangor meneruskan kecemerlangan dengan dua lagi emas menerusi acara beregu wanita dan beregu lelaki.

Dalam beregu wanita, Ting bergandingan dengan Lee Rou You untuk mengalahkan gandingan Sarawak Kueh Wan May dan Ngu Ing Hung 8-11, 11-9, 11-5 manakala dalam beregu lelaki, Chee dan Foo Dunley menyingkirkan kemaraan Matteus dan Chai Kiang Peng juga dari Sarawak 11-8, 12-10, 11-8.

Pengurus pasukan Selangor Foo Siang Meng berkata kejayaan anak buahnya adalah hasil latihan berterusan dan program pembangunan yang telah dilaksanakan sejak 2006.

Beliau juga tidak menyangka kemenangan Chee dan Dunley memandangkan pasangan itu hanya empat kali menjalani latihan bersama.

"Pencapaian ini memang satu keputusan yang amat baik. Kami hanya mensasarkan tiga emas melalui kategori wanita bagaimanapun pemain lelaki telah menunjukkan prestasi di luar jangkaan," katanya.

Selain itu beregu kedua Selangor Lim Ann Er/Chua Wan Zhen dan Pang Yu Wei/Pang Yu Zhen dari Johor meraih gangsa dalam beregu wanita manakala Goh Nai Ngee/Foh Zheng Liu dari Wilayah Persekutuan dan Chan Chee Yang/Ang Ting Yuen dari Sabah membawa pulang gangsa beregu lelaki.

Terdahulu, Foo Dunley/Lim Ann Er dari Selangor dan Foh Zheng Liu/Joybe Ting Ping dari Wilayah Persekutuan memperoleh gangsa bagi beregu campuran. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan