Sukma (Bola Tampar Pantai): Selangor Gondol Dua Emas

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Selangor menggondol dua emas menerusi acara bola tampar pantai bagi kategori wanita dan lelaki pada Sukan Malaysia ke-14 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Sabtu.

Dalam kategori wanita, regu B Selangor Kuck Sea Theng dan Ong Yau Ni menundukkan regu A Pahang Yew Sook Ting dan Chia Chou Hwa 14-21, 21-18, 15-10 untuk meraih emas pertama Selangor.

Ketinggalan pada set pertama, Kuck mengaku beliau dan rakannya sedikit gementar kerana pertama kali bermain pada perlawanan akhir.

"Saya dan Ong membuat keputusan untuk lebih fokus pada set kedua, dan akhirnya kami dapat bermain dengan lebih baik," katanya yang baru tiga bulan berpasangan dengan Ong.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, regu A Selangor Kiew Chiong Ung dan Muhd Raffiuddin Abdul Latif menewaskan regu A Perlis Mohd Faiz Putra Abdul Razak dan Muhd Noor Nazmi Noor Azam 21-10, 23-21.

Meskipun cuba bangkit pada set kedua sehingga menyebabkan Selangor ketinggalan 13-18, kemaraan regu Perlis itu berjaya disekat Kiew dan Muhd Raffiuddin, sekaligus membolehkan Selangor membawa pulang emas kedua dalam acara bola tampar pantai.

Ketika ditemui, Kiew menyifatkan kemenangan itu sesuatu yang amat bermakna buat dirinya selepas lima bulan berkorban meninggalkan keluarga untuk menjalani latihan.

"Ini juga merupakan Sukma (Sukan Malaysia) terakhir bagi saya. Selepas ini saya akan mengikuti latihan bersama pasukan kebangsaan bagi persediaan menghadapi Sukan Sea di Indonesia November ini," katanya.

Terdahulu, dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, regu A Johor Wong Pei Tien/Goh Ser Mui menyingkirkan Terengganu B Nuraini Ariffin/Nik Norsyazwana Nik Soh 25-23, 21-13 bagi meraih gangsa wanita.

Sementara itu, Pahang A yang diwakili Herman Raj Muniandy/Yogeswaran Elangovan mengalahkan Selangor B Yap Kent Bin/Tan Qee Han 21-18, 21-18 untuk membawa pulang gangsa dalam kategori lelaki. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan