Sukma: Wilayah Persekutuan Pertahan Emas Bola Jaring

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan meneruskan dominasi dalam acara bola jaring apabila meraih emas Sukan Malaysia ke-14 di Stadium Juara di sini, Khamis.

Turun sebagai juara bertahan, Wilayah Persekutuan nyata mempunyai kelebihan dengan kehadiran pemain-pemain kebangsaan seperti Nur Syafazliyana Mohd Ali (GK), Nurul Shaffa Mustafa (GA), Nurul Adha Abu Bakar (WD) dan Noramirah Dayana Noor Azhar (GD).

Pasukan itu, yang telah jauh meninggalkan Terengganu 21-11 selepas dua suku perlawanan, mempamerkan aksi tangkas untuk memenangi perlawanan dengan pungutan mata 49-21.

Jurulatih Norizan Rajab berkata strategi membuat rombakan pemain selepas suku kedua perlawanan telah membantu menjarakkan lagi mata kemenangan.

"Perlawanan akhir sememangnya mempunyai suasana yang berbeza dengan perlawanan biasa. Pemain saya agak gugup pada awal perlawanan dan itu menjejaskan prestasi mereka.

"Namun setelah sedikit rombakan, mereka berjaya menunjukkan permainan yang baik," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Turut menyaksikan perlawanan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Norizan menyifatkan Nur Syafazliana dan Rozliana merupakan tulang belakang Wilayah Persekutuan selain memberi motivasi kepada pemain lain.

"Mereka ini mempunyai kekuatan mental yang mantap dan banyak membantu pasukan," katanya.

Ini merupakan kali keempat Wilayah Persekutuan meraih emas menerusi acara bola jaring dalam Sukan Malaysia.

Kedah membawa pulang gangsa setelah menumpaskan Johor 49-47 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga sebelum itu.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan