Sukma:Terengganu Buktikan Sukar Dicabar

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terengganu membuktikan bahawa mereka sukar dicabar oleh pasukan lain apabila terus menguasai kutipan pingat pada hari keenam temasya Sukan Malaysia Ke-14.

Selepas tamat saingan Selasa, Terengganu kini mengumpul 23 pingat emas, lima perak dan 10 pingat gangsa.

Sementara itu, kontinjen Johor mengekori di tangga kedua dengan mengumpul 15 pingat emas, 14 perak dan enam gangsa, manakala Negeri Sembilan di tempat ketiga dengan 10 pingat emas, lapan perak dan 13 gangsa.

Kontinjen pantai timur itu hanya menambah satu pingat emas menerusi Ummi Hamimah Mohamad dalam acara Keirin wanita, sekaligus menidakkan dominasi pelumba Perlis, Ju Pha Somnet yang mengutip empat pingat emas.

Pada acara berbasikal trek yang menutup tirainya Selasa, kontinjen Perlis telah menghantar bantahan dalam saingan Keirin wanita kepada Komisar (pegawai teknikal pertandingan) ekoran tidak puas hati dengan taktik perlumbaan oleh dua pelumba Terengganu.

Bagaimanapun bantahan itu ditolak oleh Komisar setelah menganggap perbuatan mereka tidak melanggar peraturan yang ditetapkan dalam acara tersebut.

Esok, sebanyak tiga pingat emas ditawarkan pada hari ketujuh temasya menerusi acara futsal (lelaki dan wanita) dan polo air lelaki.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan