Shahidan Minta Polemik Atlet Dihentikan

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Datuk Seri Shahidan Kassim mahu agar masalah yang melibatkan atlet negara dihentikan supaya perhatian dapat ditumpukan kepada kejohanan Sukan Sea di Indonesia November ini.

Beliau berkata beliau telah bertemu dengan jurulatih negara Harun Rasheed baru-baru ini bagi mendengar masalah yang dihadapinya.

"Saya juga akan jumpa atlet yang berkenaan untuk mendengar apa masalah mereka. Saya mahu pulihkan semangat atlet-atlet olahraga agar mereka kembali ceria berlatih seperti biasa kerana mereka dilihat seperti sudah patah semangat dengan masalah yang timbul dan KOAM akan berdiri teguh di belakang atlet," katanya.

Beliau ditemui semasa menjadi tetamu khas acara berbasikal trek Sukan Malaysia ke-14 di Velodrom Cheras di sini Selasa.

Pada 24 Mei lepas, enam atlet kebangsaan Siti Fatimah Mohamad, Siti Zubaidah Adabi, Yee Yi Leng, Nurul Sarah Abdul Kadir, Norjanah Hafizah Jamaluddin dan Mohd Noor Imran dikatakan menghilangkan diri ketika diminta menjalani ujian ntidoping di Institut Sukan Negara.

Dua hari selepas itu Siti Fatimah, Siti Zubaidah dan Yee "menyerah diri" erta menjalani ujian dan disahkan negatif daripada menggunakan bahan terlarang.

Bagaimanapun MSN memutuskan untuk tidak menghantar tiga pelari pecut wanita mengikuti latihan di Bulgaria berdasarkan kewajaran kos.

Namun terdapat laporan media hari ini bahawa tiga atlet iaitu Norjannah Hafizah, Nurul Sarah dan Noor Imran tidak akan dipanggil pulang dari Bulgaria sebaliknya dibenarkan menjalani ujian antidoping di negara berkenaan setelah perbincangan dibuat dengan Institut Sukan Negara (ISN).

Shahidan berjanji akan meneliti serta tidak akan berkompromi dalam menangani masalah terbabit.

"Jikalau sesiapa didapati bersalah, kita tidak akan menyembunyikan segala masalah dan akan jatuhkan hukuman buat mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga bekas Menteri Besar Perlis berkata atlet Perlis, Ju Pha Som Net akan diberikan ganjaran berikutan kecemerlangannya memenangi empat emas dalam acara berbasikal trek Sukan Malaysia.

"Saya akan berikan dia ganjaran kerana berjaya hadiahkan Perlis empat emas dalam acara basikal.

"Selain itu sebagai bonus, saya akan berbincang dengan MSN (Majlis Sukan Negara) untuk cuba menghantar dia berlatih di luar negara iaitu Eropah kerana melihat potensinya dalam acara basikal adalah cerah dan boleh setanding dengan pelumba wanita kebangsaan Fatehah Mustapa," katanya.

Aksi empat hari acara berbasikal Sukma yang melabuhkan tirainya menyaksikan Ju Pha meraih emas dalam acara Sprint Wanita, 3km Individual Pursuit Wanita, 10km Scratch Race Wanita dan 500m Ujian Masa Wanita.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan