Sukma 2011: Kabaddi Kedah Raih Satu Emas

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan kabadi Kedah yakin mampu membawa balik sekurang-kurangnya satu pingat emas menerusi acara lelaki pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) yang sedang berlangsung di sini.

Jurulatihnya B.Sivakumar berkata keyakinan itu bersandarkan kepada kehadiran pemain berpengalaman selain mempunyai kelebihan daripada segi taktikal berbanding pasukan lain.

"Kali ini kita (pasukan Kedah) mempunyai tiga pemain berpengalaman yang pernah bertanding pada Sukan Malaysia edisi Melaka pada tahun lepas iaitu M.Prabahkaran, M.Jeeva dan T.Uthaya Kumar," katanya, Selasa.

Selain itu katanya, kebanyakan atlet kabadi Kedah yang terdiri daripada golongan remaja, sudah didedahkan dengan permainan tersebut sejak kecil walaupun tidak pernah menyertai kejohanan peringkat antarabangsa.

M. Jeeva misalnya, telah bermain kabadi sejak berusia 10 tahun, katanya.

Pada Sukma 2010 di Melaka, skuad kabadi negeri Jelapang Padi itu hanya meraih gangsa menerusi acara lelaki.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan