Sukma 2011: Ju Pha Tak Sabar Sumbang Emas Acara Basikal Trek Selasa

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal wanita Perlis, Ju Pha Som Net tidak sabar ingin menggondol emas keduanya dalam acara 3km Individu Pursuit yang akan berlangsung di Stadium Velodrom Cheras pada Selasa.

Beliau yang juga pelumba wanita negara telah menyertai Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat, Februari lalu secara peribadinya meletakkan sasaran emas dalam acara tersebut memandangkan kemampuannya sukar ditandingi oleh pelumba-pelumba lain.

"Saya akan memasuki dua acara iaitu 3km Individu Pursuit Wanita dan Sprint Wanita esok.

"Secara peribadi, saya lihat peluang cerah lebih kepada acara Sprint maka saya tumpukan lebih ke arah itu," katanya.

Di Korat, beliau membuat kejutan apabila memenangi empat pingat perak dan satu gangsa.

Pada perlumbaaan acara 10km scratch race wanita Isnin, beliau menyumbang emas pertama Perlis apabila bijak mengambil peluang pada hujung 200 meter pusingan terakhir dengan memecut laju menewaskan pesaing-pesaing lain dengan catatan masa 18:04.367s.

"Saya berbangga dapat hadiahkan emas pertama buat Perlis dan juga emas pertama dalam acara berbasikal trek yang baru ini," katanya.

Dalam perkembangan lain Ju Pha, 18, berkata beliau akan menyertai Sukan Komanwel Remaja ke-IV di Isle of Man pada September depan sebagai medan mencari pengalaman untuk membuktikan kemampuan terbaik dalam acara lebuh raya mahupun trek.

Seramai 26 anggota kontinjen negara dijangka akan menyertai kejohanan itu termasuk pelumba wanita, Nurazimah Rashid serta pelumba lelaki, Arfy Qhairant Amran dan Hamdan Hamidun.

"Saya tidak meletakkan sebarang sasaran dalam kejohanan tersebut tetapi saya berjanji akan memberi persembahan terbaik walaupun sedar ia bukan mudah untuk bersaing dengan pelumba dari negara Komanwel yang lain.

"Meskipun saya ada sedikit gemuruh namun saya sudah tidak sabar untuk membuat penampilan sulung pada Sukan Komanwel Remaja," katanya.

Menurut pelumba kelahiran Chuping, Perlis itu, dia kini sedang menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih lebuh raya, Graham Seers dan Soud Hussin bagi acara lebuh raya untuk memperoleh kejayaan cemerlang di sana kelak. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan