Remaja Sarawak Suka Cabaran Sukan Kabadi

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keunikan kabadi iaitu sukan tempur dari India, memikat ramai remaja Sarawak untuk mempelajarinya sekalipun acara itu baru bertatih di Bumi Kenyalang.

Sukan yang pertama kali dipertandingkan pada Sukan Asia di Beijing, China pada 1990 itu mula popular di Sarawak tahun lepas, apabila mereka menyertai acara kabadi buat julung kali pada Sukan Malaysia (Sukma) 2010, di Melaka.

Sukma yang sedang berlangsung di sini menyaksikan skuad kabadi Bumi Kenyalang dikuasai golongan remaja dan seorang daripada mereka, Alista Abbie berkata beliau menyertai sukan itu kerana ingin mencuba suatu yang baru.

"Saya harap dapat memperolehi pengalaman yang baru daripada penyertaan pertama saya pada temasya Sukan Malaysia kali ini," kata remaja keturunan Bidayuh itu.

Pelajar berusia 17 tahun itu juga juga berharap pasukannya dapat membawa pulang pingat gangsa.

Rakan sepasukannya, Elfa Mahawi Univazak, 20, berkata beliau mula berjinak-jinak dengan sukan itu dua tahun lepas.

"Walaupun ini adalah penyertaan pertama saya dalam Sukan Malaysia, saya akan lakukan yang terbaik untuk membantu pasukan Sarawak," katanya.

Gadis keturunan Iban itu juga tetap bersemangat sekalipun hanya dapat meraikan pesta Gawai untuk tempoh yang singkat.

Bagi Allexson Lian Sin, 19, yang kali kedua mewakili Sarawak pada Sukma, beliau akan menggunakan pengalamannya pada penyertaan lalu untuk membantu pasukan itu.

Sementara itu, S.Radha Krishnan, 16, berkata beliau berasa bangga kerana menjadi peserta tunggal keturunan India dalam skuad kabadi Sarawak.

"Walaupun hanya saya seorang sahaja berbangsa India, kami tidak mempunyai masalah untuk bekerja dalam kumpulan malah hubungan antara kami rapat bagaikan adik beradik," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan