Negeri Sembilan Johan Silambam Sukma

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan muncul johan keseluruhan acara silambam Sukan Malaysia ke-14 setelah meraih enam pingat emas sepanjang empat hari acara itu berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini.

Ketua jurulatih pasukan silambam negeri itu N.Muralitharan berkata meskipun gagal mencapai sasaran asal tujuh emas, beliau tetap berpuas hati dengan pencapaian anak buahnya.

"Mereka telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara berbanding Sukan Malaysia tahun lepas.

"Ini memang satu pencapaian yang menggembirakan dan kita akan terus berusaha sedaya upaya untuk melakukan yang lebih baik lagi," katanya kepada media di sini, Isnin.

Muralitharan berkata skuadnya perlu berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi mereka memandangkan negeri-negeri lain seperti Sabah telah mula menonjol dalam sukan yang berasal daripada seni mempertahankan diri masyarakat India itu.

Pada hari terakhir silambam hari ini, Negeri Sembilan membawa pulang dua emas menerusi M.Silambarasi dalam acara tanithiramai 30-45kg wanita dan M.Komathy bagi tanithiramai 46-65kg wanita.

Selangor merangkul satu emas hasil kepantasan A.Kumaresan melalui acara tanithiramai 30-55kg lelaki manakala atlet Sabah, Zaidi Lintung, memenangi emas dalam acara tanithiramai 56-75kg lelaki.

Turut mencuri tumpuan hari ini ialah aksi lincah remaja wanita berusia 16 tahun dari Sabah Marangina Karani.

Gadis kecil molek itu membawa pulang pingat gangsa menerusi tanithiramai 30-45kg wanita.

Berasal dari daerah Tenom, Marangina berkata beliau mula berkecimpung dalam sukan silambam pada usia 12 tahun selepas menonton satu demonstrasi di sekolah. Mengakui gentar dengan lawan-lawan yang lebih besar daripadanya, Marangina berkata beliau mengambil sikap tidak peduli dan meneruskan sahaja setiap perlawanan yang perlu ditempuhinya.

"Saya buat saja. Tak fikir banyak," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan