Sukma (Judo): Terengganu Tawan Gelanggang Judo

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet judo Terengganu menguasai gelanggang pada hari terakhir acara itu pada temasya Sukan Malaysia ke-14 pada Ahad apabila merangkul enam daripada lapan emas yang dipertandingkan.

Penaung Persatuan Judo Terengganu Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata kejayaan itu melepasi sasaran tiga emas yang ditetapkan oleh persatuan itu.

"Ini merupakan rahmat daripada Tuhan dan berkat kesungguhan atlet judo Terengganu. Kejayaan ini juga hasil perancangan awal kerajaan negeri yang telah memulakan program pembangunan judo sejak 2006," katanya kepada pemberita di Dewan Majlis Olimpik Malaysia di sini.

Terengganu memenangi emas menerusi Syaiful Rizal Ahmad Zaidi dalam acara lelaki atas 90kg dan lelaki bawah 90kg oleh Farish Farhan Badri.

Atlet wanita skuad itu turut mempamerkan pencapaian cemerlang apabila membolot semua pingat emas yang ditawarkan bagi kategori wanita.

Nor Asnida Abdul Razak membawa pulang emas bagi acara atas 70kg, Nor Izzatul Fazlia Mat Tahir (bawah 70kg), Norsafrina Rahman (bawah 63kg) dan Nik Norlydiawati Nik Azman (bawah 57kg).

Sarawak membawa pulang satu emas hasil persembahan bertenaga Brenton Sim menerusi acara lelaki bawah 81kg manakala Pulau Pinang meraih satu emas dalam acara lelaki bawah 73kg oleh Ooi Aik Tong. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan