Sukma (Bina Badan): Kelantan Dominasi Acara Bina Badan

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelantan memenangi dua daripada tiga pingat emas yang dipertaruhkan dalam acara bina badan yang masuk hari keempat di temasya Sukan Malaysia ke-14, Ahad.

Pemenang pingat emas dari Kelantan itu terdiri daripada Wan Mohd Adib Wan Mohd Azhar,20, bagi kategori bawah 60kg dan Muhammad Khusairi Sibam, 19, bagi kategori 60-70kg.

Bagi kategori 70kg ke atas dimenangi oleh peserta dari Melaka, Ahmad Tajudin Abu Bakar.

Pertandingan itu yang diadakan di kompleks beli belah South City Plaza, Seri Kembangan dekat sini diadili oleh 10 juri.

Sementara itu, pingat perak bagi kategori bawah 60kg disandang oleh Mohamad Na'im Ponngoh dari Johor dan tempat ketiga oleh peserta Wilayah Persekutuan, Mohd Azwan Mazlan.

Bagi kategori 60-70 kg, tempat kedua dimenangi oleh Mohd Afiq Ab Malik dari Negeri Sembilan dan tempat ketiga oleh Bahrlinza Noki Nakee Bahar dari Selangor.

Bagi kategori 70kg ke atas, pingat perak dan gangsa masing-masing dimenangi oleh Shamsul Solomon dan Aaron Goh Chia Zhang dari Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, jurulatih Bina Badan Kelantan, Mohd Aqimi Baharudin berkata pencapaian hari ini amat tidak dijangka memandangkan pihaknya hanya mensasarkan satu pingat emas sahaja.

Beliau yang amat berpuas hati dengan pencapaian anak didiknya itu berharap prestasi ini dapat dikekalkan.

Bagi Wan Mohd Adib, beliau tidak menjangka penyertaan pertamanya dalam Sukan Malaysia ini membuahkan hasil dan juga merupakan pencapaian terbaik setakat ini.

"Saya juga tidak sangka telah menghadiahkan emas pertama buat negeri saya kerana persiapan kami hanya selama dua bulan saja," katanya yang telah membuat latihan sejak tiga tahun lalu.

Sementara Muhammad Khusairi, yang pertama kali menyertai pertandingan ini pula yakin mampu menang kerana telah membuat persiapan secukupnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan