Sukma (Berbasikal Trek): Negeri Sembilan Menang Dua Emas

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan terus menuai emas dalam acara berbasikal trek yang membuka gelanggangnya pada temasya Sukan Malaysia ke-14 di sini Sabtu.

Negeri Sembilan mengalahkan Johor dengan kelebihan 0.774s dalam acara akhir 4km kejar-mengejar berpasukan selepas Abdul Rashid Ibrahim, Amirul Anuar Jafri, Mohammad Fairet Rusli dan Mohd Ekbar Zamanhuri.

Pingat gangsa dimenangi Kedah dengan catatan masa 4:56.722s setelah menyingkir Melaka (4:59.950s) untuk merebut tempat ketiga dan keempat.

"Kami tidak sangka dapat menang pada perlumbaan ini kerana Johor pada awalnya bersaing rapat masa dengan kami. Namun melihat kemampuan mereka (Johor) yang makin perlahan, kami gandakan kayuhan hingga ke akhir," kata Amirul Anuar.

Amirul Anuar, yang merangkul emas dalam acara 15km scratch race, pada sebelah pagi, berkata beliau bersyukur dengan dua emas yang dimenanginya itu.

Sementara itu, bagi acara 3km kejar-mengejar berpasukan wanita, pasukan pilihan, Terengganu yang dibarisi trio Nur Ain Mahmood, Ummi Hamimah Mohamad dan Zahraa Anuawar, menepati ramalan untuk merangkul pingat emas.

Mereka membuat catatan masa 4:13.618s untuk jauh meninggalkan pasukan Selangor dengan perbezaan catatan masa 8.949s.

Perebutan pingat gangsa pula menyaksikan trio Kedah berjaya mengatasi Johor dengan catatan masa 4:22.977s.

"Kita sudah jangka memenangi emas pada acara ini kerana telah berlatih keras dan mempunyai kelebihan dari segi stamina," kata Ummi Hamimah.

Empat kelayakan iaitu kelayakan pecut 200 meter lelaki dan wanita dan 4km kejar-mengejar individu lelaki dan 3km kejar-mengejar individu wanita akan diadakan esok. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan