Semangat Atlet Muda Mula Bangkit Pada Aksi Saingan SUKMA

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perebutan pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-14 sudah bermula apabla barisan atlet muda membuka tirai aksi saingan dengan menunjukkan semangat juang yang tinggi pada hari pembukaan temasya sukan itu, Khamis.

Walaupun tiada sebarang pingat dipertandingkan hari ini, namum semua peserta sudah mula memberi tumpuan dalam sesi latihan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran di gelanggang.

Hanya dua acara berpasukan dipertandingkan dengan sukan polo air di Pusat Akuatik Bukit Jalil dan tenis di Kompleks Tenis Tun Razak, Jalan Duta di sini.

Dalam acara polo air, Melaka membuka tirai dengan membenam Perak 19-7 dalam acara lelaki manakala pasukan wanita pula turut melakarkan kemenangan 32-12 ke atas pasukan sama.

Dalam acara tenis pusingan pertama, Selangor menewaskan Kedah 3-0 dalam kategori lelaki manakala pasukan wanitanya turut mencatat kemenangan 3-0 kepada Perak.

Namun pada perlawanan pusingan kedua pula pasukan lelaki Selangor tumpas kepada Wilayah Persekutuan 1-2, namun pasukan wanita mengekalkan rentak kemenangan 3-0 ke atas Wilyah Persekutuan.

Walaupun masih awal, Selangor yakin mereka mempunyai kelebihan untuk mengulangi kejayaan meraih dua emas pada SUKMA lalu di Melaka tahun lepas dalam acara berpasukan wanita dan individu wanita.

Antara pemain yang menjadi 'ayam tambatan' bagi skuad Selangor ialah atlet pelapis negara seperti T.Neesha, S.Theiviya, adik-beradik Adelle Boey Chia dan Alyssa Boey Chia serta R.Archnaah yang dikatakan berada pada kelas yang tersendiri dan sukar ditandingi oleh atlet pasukan lain.

Walaupun kedua-dua acara itu berjalan lancar, di luar gelanggang, kedengaran sedikit keluhan daripada beberapa kontinjen.

Beberapa atlet polo air dari pasukan Wilayah Persekutuan dan Melaka mendakwa mengalami sakit perut dan cirit-birit selepas menikmati makanan di perkampungan sukan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi.

Mereka mendakwa terpaksa beraksi dalam keadaan kurang bertenaga akibat daripada keracunan makanan tersebut.

Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Abdul Jalil Abdullah berkata dakwaan itu akan disiasat bagi memastikan insiden keracunan makanan tidak berulang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan