15,000 Dijangka Pada Pembukaan Sukma

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur temasya Sukan Malaysia ke-14, Majlis Sukan Negara (MSN) menjangkakan seramai 15,000 penonton akan memenuhi Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras pada majlis pembukaan dan perasmian temasya tersebut Sabtu ini.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan MSN Datuk Abdul Jalil Abdullah berkata pelbagai acara menarik telah diatur sempena majlis pembukaan yang akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita akan mula memberikan tiket secara percuma kepada orang ramai yang berminat untuk menyaksikan majlis tersebut di kaunter pintu masuk KLFA bermula petang Jumaat. "Hanya 15,000 tiket sahaja disediakan dan saya harap mereka yang mengambil tiket akan hadir memeriahkan pada majlis tersebut," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Abdul Jalil berkata jaguh badminton negara Datuk Lee Choong Wei, jaguh bina badan negara Sazali Abdul Samad, S.Kumar (hoki) dan tiga atlet senior yang pernah terlibat dalam Sukan Malaysia sebelum ini akan melakukan larian baton.

Beliau berkata bagi memeriahkan lagi keadaan penonton akan dihiburkan oleh penyanyi era-80an Ramli Sarip dan lagenda rock tanah air Man Kidal atau nama sebenarnya ialah Abdul Rahman Mahmood.

"Penonton juga akan dihiburkan dengan pertunjukan bunga api dan persembahan kebudayaan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan