Tarikh Akhir Pencalonan 12 Jawatan Utama MOM 7 Jun

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi pemilihan 12 jawatan utama dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) masih dibuka sehingga Selasa depan, kata Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi.

"Ada lebih kurang seminggu lagi untuk calon menghantar senarai nama tersebut, jadi buat masa ini MOM belum terima atau putuskan apa-apa mengenai penyertaan daripada mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun, senarai calon yang bertanding bagi penggal 2011-2013 akan disediakan untuk membolehkan 105 wakil daripada 35 ahli gabungannya mengundi pada mesyuarat agung 18 Jun, katanya.

Antara yang mengesahkan akan bertanding bagi penggal depan ialah Naib Presiden MOM penggal ini (2009-2011) Datuk A. Sani Karim yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas penyandang Tan Sri Dr M.Jegathesan mengesahkan tidak akan mempertahan jawatannya.

Presiden MOM Tunku Imran Tuanku Ja'afar akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 1999 selain Sieh yang akan turut mempertahankan jawatan yang dipegangnya sejak 1992.

Dalam pada itu Sieh turut mengingatkan semua persatuan sukan agar mengemukakan senarai nama atlet ke Sukan Sea di Indonesia, November depan sebelum 30 Julai.

"MOM tidak akan layan mana-mana penyertaan yang lambat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan