Jurulatih Hoki Masih Belum Tentukan Kesebelasan Utama

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menjelang enam hari lagi Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), jurulatih hoki kebangsaan Tan Beng Hai masih belum dapat menentukan kesebelasan utama yang akan diturunkan pada kejohanan berprestij tersebut.

Sebaliknya Tan, yang kini mengendalikan kem latihan bagi 25 pemain negara, hanya akan membuat keputusan pada saat akhir iaitu selepas perlawanan persahabatan menentang New Zealand dan Pakistan pada 1 dan 3 Mei ini.

"Keputusan tentang senarai utama pemain termasuk keputusan sama ada hendak memasukkan Mohd Amin Rahim atau tidak, akan ditentukan selepas perlawanan persahabatan tersebut," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Meskipun kecederaan lutut yang dialami pakar penalti sudut itu beransur pulih, Tan berkata kecederaan itu mungkin berulang jika Mohd Amin dibenarkan bermain dalam kejohanan yang melibatkan tujuh pasukan handalan dunia itu.

Selain itu, beliau juga tidak meletakkan harapan tinggi pada PSAS kali ini memandangkan Malaysia merupakan pasukan tercorot (ranking ke-15 dunia) berbanding pasukan lain yang memegang ranking ke-9 dunia dan ke atas.

"Objektif saya sebagai 'coach' ialah saya 'expect' pemain-pemain selepas empat minggu berlatih dan selepas bermain di Liga Hoki Malaysia (MHL), boleh terus bermain dengan bagus dan mampu bersaing dengan pasukan-pasukan yang lain," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menganggap kedudukan empat pasukan terbaik yang disasarkan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) sesuatu yang membebankan malah menyifatkan sasaran itu sesuatu yang baik untuk anak buahnya.

"Sekurang-kurangnya mereka bermain dengan hala tuju," katanya.

Menurut Tan, PSAS dan kejohanan-kejohanan yang bakal disertai, merupakan sebahagian persiapan pasukan negara demi mencapai matlamat utama iaitu melayakkan diri ke Olimpik 2012.

PSAS edisi ke-20 yang akan berlangsung pada 5 hingga 15 Mei ini di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, membariskan tujuh jaguh hoki (lelaki) dunia iaitu pasukan nombor satu dunia Australia, England (4), Korea Selatan (6), New Zealand (7), Pakistan (8), India (9) dan Malaysia.

Malaysia akan bertemu England dalam perlawanan pertama pada 5 Mei ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan