Sabah Sedia Terima 30 Atlet Olahraga Berlatih Di Ranau

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah telah bersedia menerima 30 atlet olahraga kebangsaan menjalani latihan di Kompleks Sukan Ranau pada awal Mei ini sebagai persiapan ke Sukan SEA Indonesia.

Presiden Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sabah (POANS) Datuk Paiman Abdul Karim berkata kompleks yang mula dibina pada tahun 2007 itu kini telah siap sepenuhnya.

"Segala persiapan telah dilakukan sebaiknya oleh pihak kerajaan negeri Sabah dan kita bersungguh-sungguh untuk menerima kehadiran atlet olahraga kebangsaan berlatih di sini," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden KOAM Datuk Seri Shahidan Kassim pada Isnin, bahawa kesatuan itu bercadang menghantar atlet ke Eropah bagi mengikuti latihan dan pertandingan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA pada November ini, jika Kompleks Sukan Ranau belum sedia untuk dijadikan pusat latihan atlet olahraga kebangsaan.

KOAM kata Shahidan, telah mengenal pasti 38 kejohanan antarabangsa dan beberapa negara Eropah seperti Bulgaria, Jerman dan Slovakia untuk tujuan itu.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan