Bosch Lancar Perlumbaan Alat-alat Kuasa Bateri Bosch Asia 2011

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-125, Bosch sebagai peneraju teknologi alat berkuasa global, telah meraikan prinsip kecemerlangan, semangat inovasi dan komitmen sosial Robert Bosch dengan melancarkan Perlumbaan Alat-alat Kuasa Bateri Bosch Asia 2011.

Perlumbaan yang julung kali diadakan di Malaysia ini bertujuan memupuk pemikiran yang inovatif di kalangan generasi muda Malaysia dengan menganjurkan cabaran kepada para pelajar universiti untuk mereka bentuk dan membina kart lumba yang dipacu oleh teknologi alat-alat kuasa bateri Lithium-Ion Bosch.

“Kami percaya bahawa masa depan yang berjaya memerlukan asas yang kukuh,” kata Chu Chee Bee, Pengarah Jualan Serantau ASEAN Selatan bagi Robert Bosch Sdn. Bhd.

Katanya, sambutan ulang tahun ke-125 Bosch dengan menganjurkan Perlumbaan Alat-alat Kuasa Bateri Bosch Asia 2011 menonjolkan matlamat Bosch untuk menggalakkan dan menyokong daya kreativiti jangka panjang dalam reka bentuk dan kejuruteraan di kalangan generasi muda di Malaysia.

"Melalui platform ini, kami berharap dapat membina pengalaman, pengetahuan dan kemahiran di kalangan belia kita untuk menyumbang kepada masa depan ekonomi yang semakin berkembang di Malaysia dan Asia,” ujar beliau.

Perlumbaan yang terbuka kepada semua pelajar universiti yang berpangkalan di Malaysia ini memerlukan pasukan-pasukan yang dianggotai oleh maksimum lima orang pelajar untuk menghantar reka bentuk pelan kart lumba yang dipacu oleh empat gerudi impak bateri profesional Bosch GSB 18V-LI.

Lapan finalis yang tersenarai kemudiannya akan membina dan berlumba kart mereka semasa perlumbaan kelayakan pada 30 Julai depan di Jalan Binjai, berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pasukan-pasukan boleh menghantar penyertaan mereka mulai 1 April – 13 Mei ini dengan melayari laman web bosch di www.bosch-pt.com.my

Bagi membantu para pelajar, Bosch akan memberikan sumbangan sebanyak RM12,000 dan enam unit gerudi impak bateri profesional Bosch GSB 18V-LI kepada setiap lapan finalis sebagai subsidi kos binaan mereka.

Pasukan yang menang akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Peringkat Akhir di Beijing, China pada 21 – 23 September ini.

Selain daripada itu, hadiah-hadiah keseluruhan yang bernilai RM15,000 dalam bentuk wang tunai dan alat-alat kuasa turut disediakan, dengan setiap pasukan finalis dijamin akan menerima hadiah, tanpa mengira kedudukan akhir mereka. “Perlu diingatkan bahawa setiap peserta adalah pemenang, tanpa mengira sama ada mereka berada di tangga pertama ataupun kelapan. Apa yang penting adalah sikap untuk mencabar kelaziman dan menggunakan pemikiran sebagai orang yang berjaya,” tambah Chu. Berikutan kejayaan Perlumbaan Alat-alat Kuasa Bateri Bosch Asia di Shanghai, China, perlumbaan tahun 2011 kini diperluaskan ke rantau Asia termasuk di Filipina, Thailand, Korea Selatan, China dan kini Malaysia.

Perlumbaan ini juga disokong oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi.

Bosch merupakan pemimpin pasaran di rantau Asia yang telah bertapak selama 100 tahun di China, manakala Bosch Power Tools mempunyai sejarah selama 83 tahun di Asia.

Bosch telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1923.

Bahagian Alat-alat Kuasa Bosch merupakan peneraju inovasi dan kecemerlangan teknikal. Pada tahun 2010, bahagian ini telah memperkenalkan lebih daripada 100 produk ke pasaran Asia, dengan penekanan terhadap teknologi bateri Lithium-Ion serta pembaharuan yang lain, termasuk ciri-ciri mesra pengguna seperti kawalan anti-getaran.

Chu seterusnya berkata, “Sejarah kami yang panjang membuktikan segalanya. Kami telah menunjukkan bahawa para pengguna dan rakan niaga boleh mempercayai produk Bosch serta janji-janji dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan. Inilah sebabnya mengapa para pelanggan kami yakin dengan masa depan mereka bersama Bosch.”

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan