Kejohanan Go-Kart Kembali Ke Langkawi

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Setelah enam tahun tiada sebarang perlumbaan go-kart diadakan di Langkawi, Kejohanan Go-Kart All Star Karting International 2011 akan kembali diadakan di sini penghujung Oktober ini.

Timbalan Presiden Langkawi Motorsport Club (LMSC) Datuk Mansor Ismail berkata kejohanan itu akan berlangsung di Litar Go-Kart Antarabangsa Morac Langkawi.

Kali terakhir kejohanan go-kart diadakan di litar itu ialah pada 2005.

Mansor berkata, perlumbaan go-kart Asia Series 2011 anjuran LMSC ketika ini sudah memasuki siri kedua daripada empat siri yang dirancang.

Katanya pelumba negara Nabil Jeffri yang merupakan ikon 1Belia 1Malaysia masih menjadi pendahulu kategori Sonik Sport selepas berakhir siri kedua di litar go-kart Shah Alam Selangor pada Sabtu lepas.

Pusingan ketiga akan diadakan di litar go-kart Sepang pada 3 Julai ini.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan