Dr JegathesanTidak Pertahan Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Dr M. Jegathesan tidak akan mempertahankan jawatannya pada mesyuarat agung tahunan majlis itu pada 18 Jun.

"Saya tidak akan menawarkan diri saya untuk bertanding memegang jawatan bagi penggal 2011-2013. Tapi saya akan terus berkhidmat dengan MOM dalam bidang kepakaran saya iaitu perubatan dan anti-doping," katanya.

Ketika dihubungi minggu lepas, Dr Jegathesan yang juga Pengerusi Suruhanjaya

Perubatan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) dan Pengerusi Agensi Anti-Doping Malaysia berkata beliau belum memutuskan pendirian sama ada akan mempertahankan atau tidak jawatan yang disandangnya sejak 2005.

Pada pemilihan lepas, Dr Jegathesan, yang dicabar Datuk Seri Dr Ibrahim Saad mengekalkan jawatan selepas mendapat 65 undi berbanding 33 undi yang diterima Ibrahim.

Kesemua 12 jawatan bagi penggal 2011-2013 dijangka ditandingi pada AGM majlis itu. Mandat pemegang jawatan bagi penggal 2009-2011 akan berakhir pada Jun.

Dr Jegathesan, 67, yang dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) bulan lepas, digelar sebagai "doktor terbang" selepas beliau menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi pingat emas pada Sukan Asia.

Beliau mencapai kejayaan itu dalam acara pecut 100m apabila mencatat masa 10.3 saat pada Sukan Asia 1966 di Bangkok. Beliau turut memenangi pingat emas 200m, selain membantu Malaysia memenangi acara lari berganti-ganti 4x100m lelaki.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan