Pelumba Iran Dominasi Tiga Tempat Teratas

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tiga pelumba Iran yang mewakili pasukan Suren Cycling Team mendominasi Kejohanan Berbasikal Piala Ketua Menteri Melaka apabila berjaya memperolehi tiga tempat teratas pada kejohanan sehari itu.

Hasan Maleki Mizan muncul juara dengan catatan masa 3 jam 50 minit 51.292s saat menewaskan rakan sepasukan Hamid Shirisisan yang mencatat masa 3'50:51.522s dalam perlumbaan yang disertai 76 pelumba itu.

Ramin Mehrabi Azar muncul di tempat ketiga dengan catatan masa 3'50.51.762s selepas menempuh perlumbaan enam pusingan sejauh 156 kilometerbermula di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil di sini.

Ketika ditemubual Bernama, Hasan berkata kejayaan pasukan itu menduduki tiga tempat teratas dalam kejohanan itu merupakan hasil kerjasama taktikal yang amat erat di antara pelumba pasukan itu .

Beliau berkata kerjasama semasa mengharungi perlumbaan itu dapat dilihat apabila tiga pelumba itu mencatat kelajuan purata yang agak sama iaitu 40.545 km/j malah ketiga-tiga mereka menamatkan perlumbaan dengan jarak masa kurang daripada satu saat.

"Kami mula melakukan serangan keatas kumpulan pertama pelumba seramai 15 orang (termasuk mereka bertiga) seawal pusingan kedua dan kami sekali lagi melakukan serangan pada pusingan ketiga," katanya.

Hasan berkata mereka akhirnya berjaya menjarakkan diri pada pusingan keempat dan terus memerah kudrat sambil bertukar-tukar pendahulu sesama mereka untuk mengekalkan tiga tempat teratas itu sehingga ke garisan penamat.

Pengurus pasukan itu Chaichi Raghimi Mostafa berkata kejayaan itu amat membanggakan bagi pasukan yang baru ditubuhkanya kira-kira enam bulan lepas dan hanya mula bertanding pada Kejohanan Le Tour De Langkawi 2011 Januari lepas.

"Saya percaya dengan kerja keras yang ditunjukkan pelumba, pasukan ini mampu menjadi terbaik di Asia dalam tempoh satu tahun. Selepas ini kami akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Tour of Azerbaijan kira-kira 20 hari daripada sekarang," katanya.

Pasukan negara menerusi pelumbanya Fallanie Ali Ahmad muncul di tempat keempat dengan catatan masa 3'53:31.053s manakala pelumba handalan negara Anuar Manan yang mewakili Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) hanya mampu menduduki tempat kelapan dengan masa 4'00:23.588s.

Seorang lagi pelumba handalan negara yang menjuarai Sirkit Ketiga Kejohanan Grand Prix Berbasikal Kebangsaan semalam Mohd Shahrul Mat Amin juga mewakili TSG hanya mampu berada di tangga ke-10 dengan masa 4'01:10.046s.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan