Terengganu Mahu Kekal Kejuaraan Sukma 2011

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu bertekad untuk sekali lagi muncul sebagai juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2011 yang akan diadakan di Putrajaya Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata Terengganu mengambil inisiatif memulakan persiapan awal iaitu sebaik sahaja selesai temasya Sukma 2010 yang lalu.

Katanya persiapan rapi dilakukan untuk negeri itu mencipta sejarah mencatat kejuaraan kali ketiga berturut-turut.

"Sekarang ini semua atlet, jurulatih dan pengurus pasukan yang akan terlibat dengan Sukma 2011 mengikuti kem bina semangat untuk membakar kembali semangat juang mereka menghadapi Sukma akan datang," katanya kepada pemberita di sini.

Pada Sukma XIII di Melaka tahun lalu, Terengganu mengekalkan kejuaraan selepas meraih 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa.

Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Kali pertama Terengganu muncul juara keseluruhan Sukma ketika menjadi tuan rumah temasya yang berlangsung di tempat sendiri pada 2008.

Menurutnya kira-kira 400 atlet akan terlibat dengan sebahagian besar terdiri daripada muka-muka baru. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukan Malaysia , Putrajaya , Rozi Mamat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan