MYA Minta MSN Kekalkan Kelas Optimist

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) meminta Majlis Sukan Negara (MSN) agar menimbang semula cadangan mengugurkan Kelas Optimist daripada Program Pelapis Kebangsaan.

Pengurus Besar MYA Mohd Afendy Abdullah berkata pengguguran itu tidak adil bagi pelayar yang telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang di persada dunia.

"Malah mereka akan muncul cemerlang sekali lagi pada Kejohanan Dunia dan Sukan Sea 2011," katanya, Jumaat.

Beliau berkata daripada sebuah pasukan yang berada di tangga ke-200 pada satu ketika, pelayar negara kini muncul antara yang terbaik di dunia termasuk empat dalam kumpulan 10 terbaik.

Katanya jika Kelas Optimist digugurkan, pelayar nombor satu negara Ahmad Shukri Aziz yang juga juara dunia lelaki 2010 dan Mohd Faizal Norizan yang merupakan johan lelaki Asia 2010 akan terjejas.

"Jika pelayar ini disingkirkan, pada masa akan datang kita tidak ada pasukan pelapis yang lebih mantap," katanya.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan