Malaysia Sasar Tempat Pada kejohanan Akhir Piala Dunia Polo

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan polo Malaysia menyasar tempat dalam kelompok peringkat akhir Piala Dunia Persekutuan Polo Antarabangsa (FIP) yang dijadualkan berlangsung di San Luis, Argentina, dari 11 hingga 25 Oktober ini.

Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk beraksi cemerlang dalam Kejohanan Kelayakan Zon D Piala Dunia anjuran Malaysia dari 11 hingga 26 Jun ini, yang merupakan salah datu daripada tiga tiket ke kejohanan peringkat akhir itu.

Beliau berkata Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan kehebatan sukan polo di Asia, namun ia sehingga kini belum pernah melayakkan diri ke peringkat kejohanan akhir.

"Diharapkan semua ini akan berubah, dan Malaysia akan dapat memahatkan sejarah tersendiri dalam acara polo pada bulan Jun nanti," katanya ketika ditemui pada majlis undian kejohanan kelayakan di sini, Rabu.

Menurutnya pihak persatuan berharap untuk memastikan Malaysia menampilkan persembahan mantap dalam kejohanan itu, bagi meluaskan lagi peluangnya untuk menganjur Kejohanan Akhir Poala Dunia FIP 2014 nanti.

"Kita juga akan kaji dari pusingan kelayakan ini, sejauh mana kekuatan pasukan kita dan sokongan yang kita ada dalam menganjurkan kejohanan tersebut," katanya.

Sementara itu kapten pasukan negara Shaik Reismann ketika ditemui berkata beliau yakin pasukan negara mampu untuk mara ke peringkat akhir Piala Dunia.

"Yang penting mesti ada disiplin, konsisten dan komitmen," katanya.

Lain-lain pemain dalam pasukan itu ialah Huzaini Yunos, Amran Selamat, Muhammad Edham Shaharuddin, Saladin Mazlan dan Tengku Ahmad Shazril.

Peringkat kelayakan Zon D ini menyaksikan saingan tujuh negara yang terdiri daripada Australia, penyandang juara Afrika Selatan, New Zealand, Nigeria, India, Pakistan dan Malaysia.

Perlawanan dijadualkan berlangsung di tiga kelab polo bersohor negara yang terdiri daripada Kelab Polo Diraja Pahang di Pekan, Pahang; Taman Tema Ekuestrian Putrajaya di Putrajaya; dan Kelab Polo Diraja Selangor.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan