Adiq Juara Peringkat Keenam Tour de Korea

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba negara Mohd Adiq Hussainie Othman menjuarai peringkat keenam Tour de Korea 2011 (TDK 2011) dari Chungju ke Yeonju sejauh 138.8 kilometer, Khamis.

Selepas menduduki tempat ketiga pada perlumbaan peringkat kelima semalam, pelumba mewakili pasukan Drapac Professional Cycling Team yang berpangkalan di Australia ini, menang dengan masa tiga jam 39 minit 23 saat pada purata kelajuan 37.96 kmj.

Dengan kejayaan itu, anak jati Terengganu itu yang merupakan pelumba dalam program Road To London 2012, berjaya memperbaiki kedudukan individu keseluruhan di tempat ke-12 dengan masa 23:37:30s manakala jersi kuning masih milik Markus Eibegger daripada pasukan dari Iran, Tabriz Petrochemical Cycling Team.

Pengurus pasukan, Omar Saad, kagum dengan bakat semula jadi Mohd Adiq Hussainie yang jelas hebat pada disiplin trek serta lebuh raya dan kejayaan hari ini membuktikan dia mampu pergi jauh dalam perlumbaan bertaraf profesional.

"Perlumbaan hari ini sangat sukar kerana menempuh beberapa kawasan berbukit dan kami lakukan apa saja untuk pastikan Mohd Adiq tidak tercicir jauh kerana ada beberapa pemecut yang hebat seperti Sung Baek, Sohrabi, Erler dan Kam Po," kata Omar dalam satu kenyataan dari Korea hari ini.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Abu Samah Abdul Wahab berkata Mohd Adiq Hussainie kini berada di landasan terbaik untuk muncul pelumba lebuh raya bertaraf dunia.

"Kalau kekal dengan prestasi sebegini, beliau wajar dihantar berlumba pada Tour de France, Giro d’Italia atau Spanish Vuelta," katanya.

Abu Samah berkata PKBM perlu merangka program terbaik dan mencari pasukan yang sesuai dengan corak kayuhannya.

"Saya bangga dengan kemenangannya. Skuad lebuh raya perlukan siri kejayaan bagi mengimbangi kejayaan pasukan trek. Saya ingin ucapkan syabas kepada Mohd Adiq Hussainie," katanya.

TDK 2011 merangkumi sembilan peringkat perlumbaan sejauh 1,335.9km dan menawarkan hadiah berjumlah US$80,000 (RM240,000).-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan