1,300 Atlet Pelapis Negeri Berkumpul Di Kota Bharu

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 1,300 atlet pelapis negeri berusia bawah 21 tahun akan berkampung pada Karnival Pelapis 2011 di Kota Baharu mulai 11 Mei depan yang akan menjadi platform bagi mengukur tahap pencapaian mereka dalam bidang masing-masing.

Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata beberapa acara sukan yang tidak banyak kejohanan yang tidak dianjurkan dalam negeri seperti acara tinju, angkat berat, sepak takraw, gimnastik dan memanah akan dianjurkan dalam karnival lima hari itu.

"Objektif utama pihak MSN menganjurkan karnival itu ialah bagi menilai tahap pencapaian atlet pelapis di setiap negeri dan pada masa sama mengukur sejauh mana keberkesanan program latihan MSN di setiap negeri," katanya, Khamis.

Jefri berkata jurulatih kebangsaan juga akan turun padang bersama-sama pegawai MSN bagi membuat penilaian sepanjang karnival itu.

Beliau berkata adalah menjadi tradisi negeri yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) untuk turut mencari bakat baru bagi pasukan mereka.

"Saya harap atlet muda berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tidak melepaskan peluang ini bagi mendapat landasan awal untuk bertanding ke peringkat SUKMA sebelum melangkah ke kejohanan yang lebih tinggi," katanya.

Jefri berkata daripada pemerhatianya, beliau berbangga dengan kesungguhan atlet muda peringkat negeri sepanjang karnival itu diperkenalkan pada tahun 2008.

"Sebelum ini, ramai bakat baru khususnya dari sukan tinju dan angkat berat dapat dicungkil menerusi karnival sebelum ini, diharap pada tahun ini lebih ramai lagi bakat baru dapat dicungkil di Kota Baharu nanti," katanya.

Karnival Pelapis Siri 2 akan diadakan di Perlis pada akhir tahun ini.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan