Palembang Sudah Bersedia Jadi Tuan Rumah Sukan SEA

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas dikritik kerana dikatakan belum bersedia untuk menganjurkan Sukan SEA ke-26, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) kini memberitahu Palembang, ibu kota Sumatera Utara kini sudah bersedia untuk menganjurkan kejohanan dwitahunan itu November ini.

Pengarah Inasoc Rahmat Gobel dipetik sebagai berkata oleh akhbar Jakarta Post bahawa pasukannya telah memeriksa venue di Palembang minggu lalu dan mendapati ia sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah dari 11 hingga 25 November ini.

"Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Palembang sudah bersedia menjadi hos kejohanan. Pihak penganjur Jakarta dan Palembang kini sedang melakukan yang terbaik untuk persediaan," katanya selepas melawat kompleks sukan Jakabaring yang menjadi pusat venue kejohanan di Palembang.

Rahmat berkata beberapa kelemahan dalam peringkat akhir persediaan masih boleh diterima dan yakin Palembang boleh mencapai tarikh akhir Julai ini dalam menyiapkan semua venue kejohanan.

Inasoc dijadual melancarkan maskot Sukan SEA pada 25 April.

Sebagai hos utama, Palembang akan menganjurkan acara pembukaan dan penutup di samping menyediakan venue untuk 22 acara sementara Jakarta akan menjadi tuan rumah kepada 24 acara. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan