Danny Chia Banyak Belajar Dari Dua Bintang Dunia

Diterbitkan: Isnin, 18 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh negara Danny Chia, wakil tunggal negara dalam cabaran akhir Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2011, menamatkan saingan dengan empat di atas par 76 pada pusingan akhir di sini Ahad.

Memulakan saingan dari sembilan lubang kedua, Chia tertikat di tempat ke-20 selepas pusingan ketiga semalam tetapi gagal mengekalkan rentak dan tercicir untuk berkongsi kedudukan 41 pada pusingan akhir.

"Perasaan saya campur aduk kerana ingat dapat beraksi lebih baik tetapi tidak kesampaian dengan cara pukulan saya. Bagaimanapun, saya tidak boleh mengadu kerana menamatkan saingan dengan satu di bawah par," kata Chia yang mengumpul 287 pukulan dalam empat pusingan.

Katanya peluang beraksi satu kelompok bersama dua bintang dunia, juara Masters, Charl Schwartzel dan juara Terbuka Britain, Louis Oosthuizen akan memberi inspirasi kepada dirinya untuk menonjol pada pertandingan Jelajah Asia.

"Terbuka Malaysia adalah lengkung pembelajaran bagi diri saya khususnya beraksi dengan dua juara pada dua hari lalu. Saya banyak belajar daripada mereka," kata Chia.

Dalam pada itu, 13 pemain profesional tempatan dan six pemain amatur tempatan gagal layak ke dua pusingan terakhir manakala R. Nachimuthu dan A. Sasar berundur daripada saingan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan