Manassero Dahului Pusingan Ketiga Terbuka Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain sensasi Itali Matteo Manassero mengukuhkan kedudukan untuk meraih hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya apabila berkongsi tempat teratas dengan pemain Sweden Alexander Noren pada pusingan ketiga kejohanan golf Terbuka Malaysia Maybank, Ahad.

Pusingan ketiga kejohanan yang menawarkan hadiah US$2.5 juta (RM8 juta) itu disambung pada pukul 7.40 pagi ini setelah ditangguhkan semalam kerana cuaca gelap.

Pada permainan yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara itu, Manassero mencatat pukulan sempurna lima bawah par 67, manakala Noren pula terus memberi saingan dengan mencatat 71 pukulan untuk mengumpul 204 mata.

Manassero, yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-18 Selasa ini, mempamerkan kehebatan dengan membuat dua birdie.

"Saya telah berlatih dengan tekun dan berjaya memperbaiki pukulan saya," kata Manassero.

Pemain remaja yang dinobatkan sebagai "European Rookie of the Year" tahun lepas ini berkata sekiranya dia menjuarai kejohanan ini, maka ia merupakan hadiah hari ulang tahun kelahiran yang sunguh istimewa baginya.

Sementara itu, pemain Ireland Utara Rory McIlroy, yang sebelum ini mendahului peserta lain selepas 14 lubang, membuat bogey pada lubang ke-15 untuk meraih 72 mata dan ketinggalan satu pukulan di belakang pendahulu saingan sekarang.

Pemain Perancis Gregory Bourdy dan Felipe Aguilar dari Chile menduduki tangga keempat dengan 206 mata.

Kejohanan ini mendapat pengiktirafan Asian Tour dan European Tour. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan