MYA Akan Lahirkan Ramai Jurulatih - Sukan Ekstra | mStar

MYA Akan Lahirkan Ramai Jurulatih

Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) berusaha memperbanyakkan jurulatih layar melalui penganjuran kursus bagi melahirkan pelayar-pelayar berbakat untuk mewakili negara dan negeri masing-masing.

Pengurus Besar MYA Mohd Afendy Abdullah berkata dua siri kursus untuk tujuan itu akan diadakan di Kompleks Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini pada bulan ini dan Mei depan.

Seramai 40 peserta dari seluruh negara telah mengesahkan menyertai kursus siri pertama selama seminggu bermula 12 April ini, katanya dan menambah tarikh siri kedua belum ditetapkan. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan