Mohd Zafril Umum Bersara

Diterbitkan: Khamis, 7 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pemenang pingat emas acara olahraga pada Sukan SEA Vientiane, Laos pada 2009, Mohd Zafril Mohd Zuslaini, mengumumkan untuk bersara daripada bidang sukan.

Beliau yang telah mewakili Malaysia selama lapan tahun dalam acara 400 meter dan 4x400 meter, berkata belau mengambil keputusan untuk bersara ketika masih di puncak.

"Lagipun saya baru sahaja tamat pelajaran dalam bidang Komunikasi Korporat di Universiti Putra Malaysia semalam, dan esok saya akan mula bekerja di syarikat milik bapa saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Anugerah Gemilang Olahraga Pahang 2011 di sini malam Selasa.

Pada majlis itu, Mohd Zafril, 26, yang juga memenangi pingat emas acara 400 meter di Sukan SEA di Korat, Thailand pada 2007, menerima anugerah Kilauan Bintang bagi atlet lelaki yang mencapai prestasi tinggi.

Turut menerima anugerah serupa ialah atlet lompat galah, Muhammad Hafizuddin Sahadan. Pemenang bagi kategori wanita ialah juara lontar tukul besi Tan Song Hwa dan pelari 800 meter dan 1,500 meter, K.Ganthimathi.

Seramai sembilan bekas atlet yang pernah mengharumkan nama Pahang termasuk Azmi Ibrahim, S. Muthiah dan R. Haridas diberikan anugerah Jasamu Dikenang.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan anugerah-anugerah itu. Turut hadir ialah Sultanah Pahang Sultanah Kalsom dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pelari 100 meter dan 200 meter, Mohd Azhar Ismail dan atlet lontar tukul besi, Patricia Pang Mei Chin, menerima anugerah Tunas Harapan masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.

Seramai enam atlet bagi kategori lelaki dan wanita berpotensi pula menerima anugerah Kilauan Emas manakala 10 jurulatih menerima Anugerah Emas dan 13 penerima Anugerah Khas bagi kategori pegawai teknikal dan pentadbir berjasa.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan