Bintang Dunia Sah Sertai Golf Terbuka Malaysia 2011

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya dalam tempoh 49 tahun, Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2011 (MMO) bakal menyaksikan pemain nombor satu dunia, Martin Kaymer beraksi pada saingan yang bermula pada 14 hingga 17 April di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).

Selain Kaymer, 26, kejohananan edisi ke-50 ini turut menyaksikan empat lagi jaguh terkemuka dunia termasuk Todd Hamilton, Louis Oosthuizen (juara Terbuka British 2010) dan Michael Campbell.

Kejohanan yang menawarkan hadiah lumayan bernilai AS$2.5 juta (RM7.6 juta) turut menjadi tarikan kepada beberapa orang lagi pemain terkenal termasuk Matteo Manassero, John Parry, Andrew Dodt, Soren Kjeldsen, Pablo Martin,Rhys Davies, Thongchai Jaidee, Noh Seung-Yul (juara MMO 2010) dan Marcus Fraser.

Sementara itu, Pengerusi Maybank, Tan Sri Datuk Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata, pihaknya telah memilih empat orang pemain yang layak beraksi secara wildcard dari Jelajah Eropah iaitu Joakim Haeggman, Matthew Nixon dan Alexandre Kaleka, manakala seorang lagi dari Jelajah Asia, Boonchu Ruangkit.

"Kami yakin empat orang peserta wildcard yang terpilih ini layak beraksi berdasarkan pencapaian mereka sebelum ini. Faktor umur bukanlah menjadi masalah kerana ia merupakan kelebihan dari segi pengalaman dan mereka mampu bergelar juara," katanya dalam sidang media, Isnin.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif GlobalOne, John Eu turut mengumumkan senarai akhir 22 orang pemain Malaysia yang layak beraksi dan salah seorangnya ialah Shaifubari Muda.

"Keputusan memilih peserta Malaysia bukan mudah. Berdasarkan penglibatan dalam sukan golf tempatan, pihak kami bersetuju untuk memberi peluang kepada Shaifulbari dan yakin dengan kemampuannya untuk bersaing dengan peserta-peserta dunia yang lain.

"Dia kini berada dalam kelompok 15 terbaik Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGAM). Dengan jumlah keseluruhan 22 orang pemain profesional Malaysia, tidak mustahil untuk melihat Malaysia menjulang trofi kejuaraan buat kali pertama," katanya.

Selain Saifubari, beberapa nama besar dalam sukan golf tempatan seperti Danny Chia, Ben Leong, Ian Steel, M. Sasidaran, S. Siva Chandran, Airil Rizman, Shaaban Hussin dan Md. Rashid Ismail dijangka bakal memberi saingan sengit bagi cabaran tahun ini sekali gus mencuba untuk menjulang trofi buat kali pertama sejak ia diperkenalkan pada tahun 1962.

Pencapaian terbaik pasukan negara pada kejohanan ini ialah pada tahun 1994 apabila P. Gunasegaran dinobatkan sebagai naib juara.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan