Pasukan Proton Unggul Dalam Kelas APRC

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pasukan Proton Motorsports membuka tirai Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) 2011 dengan cemerlang apabila menguasai Rali Malaysia 2011 di Estet Tai Tak di Kota Tinggi, Ahad.

Pelumba Chris Atkinson, yang memandu kereta Proton Satria Neo 2000, membuktikan kehandalannya dalam kelas APRC apabila meraih tempat pertama manakala rakan sepasukan Alistair McRae menduduki tempat ketiga.

Atkinson dari Australia bersama juru arah Stephane Prevot dari Belgium menamatkan saingan dua peringkat dengan jumlah catatan masa tiga jam 14 minit 49.3 saat.

Tempat kedua pula disandang oleh pemandu kereta Mitsubshi Lancer, Guarav Gill dari India dengan catatan masa 3'16:35.9s manakala McRae dan juru arahnya Bill Hayes mengumpul catatan masa 3'23:37.5s

"Kami telah mengambil langkah besar ke hadapan dengan persembahan hari ini. Sistem suspensi dan kerja-kerja membangunkan enjin sudah berbaloi. Ini merupakan permulaan paling baik bagi tahun ini," kata Atkinson pada sidang media di sini.

Katanya rahsia kejayaan bagi dirinya dan McRae ialah kereta yang dipandu itu memberi respons kepada kehendak gaya pemanduan mereka.

Sementara itu, dalam kelas Rali Malaysia, pemandu China, Fan Fan, yang kembali semula ke arena rali selepas lima tahun, memenangi pusingan pertama dalam dua peringkat saingan.

Beliau, yang memandu kereta Mitsubshi Lancer Evo, mencatatkan masa 3'44:30.6s untuk mengatasi juara bertahan Muhammad Rafiq Udahaya yang memandu menduduki tempat kedua.

Muhammad Rafiq dengan kereta Subaru Impreza mencatatkan masa 3'47:20.6s manakala pemandu Jepun Aji Kim, yang memandu kereta Proton Satria Neo, menduduki tempat ketiga dengan masa 3'58:51.6s.

Bagaimanapun, dua pencabar tempatan, Karamjit Singh, atau dikenali 'Flying Singh' yang menjadi naib juara tahun lepas dan naib juara 2009, Saladin Mazlan, kedua-dua dari pasukan GSR Pennzoil gagal menamatkan perlumbaan selepas mengalami masalah mekanikal.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan