Isteri Pembakar Semangat Azizulhasni Selepas Kecederaan

Diterbitkan: Ahad, 3 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kehadiran isteri di sisi menjadi pembakar semangat kepada pelumba basikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang untuk segera pulih daripada kecederaan betis yang dialaminya pada Februari lepas.

Terkenal dengan nama jolokan 'The Pocket Rocketman', Azizulhasni berkata isterinya Athiah Ilyana Abdul Samat banyak membantu kehidupannya di Melbourne, Australia yang menjadi pusat latihannya.

"Lepas ini saya dan isteri akan menunaikan umrah dan selepas itu kembali ke Melbourne untuk menjalani latihan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis resepsi perkahwinannya di kediaman keluarga pengantin perempuan, di sini, Ahad.

Beliau yang akan menjalani latihan biasa dan intensif secara berperingkat selepas kembali ke Melbourne, berkata kecederaan yang dialaminya pada 19 Feb lepas juga membakar semangatnya untuk terus meningkatkan prestasi.

Azizulhasni mengalami kecederaan serius ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester, England apabila betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20sm.

Mengenai peluang memenangi pingat emas pada temasya Olimpik 2012 di London yang disandarkan kepadanya, Azizulhasni berkata peluang itu terbuka kepada semua termasuk pelumba tuan rumah yang juga saingan terdekatnya Chris Hoy.

Katanya beliau kini menumpukan perhatian bagi menghadapi temasya Sukan Universiti Dunia 2011 yang akan berlangsung di Shenzen, China pada 12 hingga 23 Ogos ini. Sementara itu, jurulatihnya John Beasley berkata anak didiknya telah pulih daripada kecederaan yang dialami.

"Namun saya tetap mahu berhati-hati. Saya juga mahu memberi beliau masa dan tidak tergesa-gesa kembali aktif sepenuhnya. Ini kerana otot yang cedera mengambil masa untuk benar-benar pulih," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan