Pengarah ISN Kini Stabil

Diterbitkan: Sabtu, 2 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang dimasukkan ke Hospital Serdang semalam, kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pengarah Cawangan Penggalakan Sukan dan Pembangunan Atlet Wan Norafzan Wan Mahadi yang melawat Dr Ramlan di hospital, berkata Dr Ramlan mengalami penyakit ulser perut dan telah pun menjalani rawatan.

"Beliau kini dalam keadaan stabil dan sudah pun boleh ber'fb' (menggunakan laman web sosial facebook). Beliau dijangka keluar hospital Isnin ini dan akan bercuti seminggu sebelum mula bertugas," katanya selepas Majlis Penutupan Sambutan 15 Tahun ISN di Bukit Jalil di sini.

Dr Ramlan dimasukkan ke Hospital Serdang pagi semalam selepas mengadu sakit dada. Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mohid Mohamed menyampaikan hadiah berupa hamper kepada pasukan-pasukan yang memenangi pertandingan futsal sempena majlis tersebut.

Bagi kategori futsal lelaki, pasukan Info Sukan RTM muncul johan selepas menewaskan Harian Metro manakala ISN menundukkan Mix Media untuk juara kategori wanita.

Mohid turut turun padang dengan bermain dalam perlawanan futsal persahabatan yang disertai warga ISN dan KBS.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan